Tuesday, May 27, 2014

Perkongsian Daripada : Bahagian Dakwah Jakim

DOA MINTAK JAUHI ZINA DAN MAKSIAT ( anak2,kawan2,diri sendiri )

Letak tangan di dadanya (anak2/kawan2/diri sendiri), dan bacalah doa ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

P/S : Klau nak baca utk anak perempuan, Tukar BAHU kepada BAHA, JAHU kepada JAHA.

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Source : Ustaz Zahazan Mohamed

Monday, May 26, 2014

Hari-Hari yang Sunat, Haram dan Makruh Puasa

Menjelang bulan Sya'ban mesti umat Islam berkejar2 mengganti puasa. Klu leh semakin hampir Bulan Ramadhan semakin rajin kita mengamalkan ibadah samada WAJIB ATAU SUNAT.
Sebagai peringatan bersama supaya tidak di soal kemudian hari..

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
1.       Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
          ~ Seperti puasa selama setahun
2.       Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.
3.       Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah
          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya
4.       Puasa pada bulan Muharram
          ~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari
5.       Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram
6.       Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram
          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu
          ~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari  
             selepas.
          ~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)
7.       Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
8.       Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
          ~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan
9.       Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
10.     Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15
11.     Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
          ~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut                           
             dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka
          ~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya              
             hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada      
             segala dosa

Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  1. Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
  2. Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
  3. Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
  4. Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
  5. Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)

Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  1. Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  2. Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
  3. Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
  4. Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Kegemaran anak2

Assalamualaikum semua..dh lama betul x memblogkan diri..sgt bz dgn kije dan hal2 pengurusan anak2 serta rumah tangga yg sgt2 perlu di utamakan. Saja nk share mknn kesihatan kegemaran anak2. Terutama aman.xleh klu xde.. Ni dia.
Mama try beli masa jualan kt bpp. Aman mula minat lepas along bw balik dr sekolah aritu n dia terus ckp.. Sedapnye!! Pandai Mama buat..
Apa? Mama Buat?? Oh kesian anak mama ni bisik hati kecilku...
Xpela..usahakan juga mencari...last2 jumpa time jualan.. terus beli satu pek RM12.
Arini beli, esok dh abis..
So, kena cari lagi..
Yg penting HALAL!!
Ada 2 jenis sebenarnya tp mama prefer pilih yang HALAL Jakim..

Nant mama update blog lag...rasa mcm ada sedikit kerajinan la ni...