Wednesday, December 23, 2009

Asqaalani sepak bola n capai mainan - Playmat






Hehehehe, dgr mcm hebat je asqaalani ni..
sebenarnya sepak bola kt playmat je..Dulu, time mama kecik2 xde pun playmat tapi mama pandai gak!!hehehe..
Actually, playmat ni dpt meransang perkembangan minda bayi kita..
Mana tidaknya bolah dikatakan seluruh anggota badan bayi akan bergerak bila duk kat playmat.
Asqaalani can smile and can see things now -- he loves being on the changing table (fish mobile!), look at his self by mirror and in his play gym (dangly toys!) and so finally I got Asqaalani try to hang up the fish in his playmat.

Asqaalani with his new rocking chair






Baru semalam (23/12/09), mama pegi nilai ngan ayah belikan rocking chair anak mama.
Mama bawa asqaalani tapi asqaalani dh mengamuk nk tido..
So, asqaalani ngan mama duk dlm kete je la...
Ayah sorg je yg kua pegi beli rocking chair tu..
Actually, rocking chair tu untuk asqaalani gunakan kat taska nanti...

Asqaalani with his new stroller





Salam... Asqaalani baru je dpt new stroller..
punyala suka dia kena tolak bawa pusing satu rumah...
klu dia nangis, letak dlm stroller terus diam...

Sunday, December 13, 2009

DOA

DOA AKHIR TAHUN

Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekelian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu sekelian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekelian.
Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan DiKau wahai Tuhan yang Mulia yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia.
Wahai Tuhan kami, telah kami lakukan kezaliman ke atas diri-diri kami dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani akan kami nescaya jadilah kami daripada golongan orang-orang yang rugi. Wahai Tuhan kami berikan kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat nanti, serta peliharakan kami akan azab api neraka.


DOA AWAL TAHUN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya sekelian.
Ya Allah, Engkaulah yang Kekal, Qadim lagi Azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan Kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau.
Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi Maha Tinggi. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Assalamualaikum…

Salam 1Malaysia untuk semua
Mia nak mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharam (1431 Hijrah) kepada semua pembaca blog .

Teringat lak lagu nasyid ni.. memang best sangat.. kalo tak silap nilah liriknya:

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!

Mia harap tema Ma’al hijrah tahun ini iaitu ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah ‘ mampu mengerat kembali semangat perjuangan umat islam untuk terus gemilang dalam kehidupan ..

Wassalam…

Wednesday, December 9, 2009

Perjumpaan Keluarga Mohd Shah...
















Ayah ngan abg ayid masuk paper.. suka la tu...
leh gak nk tgk keratan ni kat www.sinarharian.com.my/mns/content/story6116359.asp..

Terlalu ramai yg hadir.. 600 org ahli keluarga tapi tak termasuk tetamu undangan...
berpeluh2...

Setiap keluarga pakai warna baju berbeza mengikut keturunan masing2..



ni gambar tetamu jemputan adik thaqif.. mari bertarannum..

LABU – Tiada paling istimewa untuk seluruh keturunan Allahyarham Mohd Shah apabila mereka berjaya dikumpulkan untuk kali kedua pada Majlis Perjumpaan Dwi Tahunan Keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini.

Perhimpunan itu melakar kenangan manis kepada seluruh ahli keluarga besar terbabit yang berjaya mengumpulkan 600 ahli keluarga melibatkan enam generasi Mohd Shah.

Pengerusinya, Mokhtar Harun 67, berkata, perjumpaan kali pertama diadakan pada tahun 2007 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Semuanya bermula pada 2007 ketika kunju-ngan saya ke majlis perkahwinan ahli keluarga terdekat. Pada majlis itu saya mendapati ada yang saya tidak berapa kenal dan langsung tidak pernah bertemu. Pertemuan itu membuatkan saya berfikir alangkah eloknya jika diadakan majlis perjumpaan keluarga setiap dua tahun sekali untuk memberi peluang kepada semua saling kenal mengenali antara satu sa-ma lain,” katanya ketika ditemui di lokasi perjumpaan di rumah seorang ahli ke-luarga terbabit di Kampung Pulau, Labu di sini.

Menurutnya, hasrat me-ngumpulkan seluruh ahli keluarga sudah lama kerana ingin memastikan hubungan kekeluargaan itu tetap utuh sekalipun kebanyakannya tinggal di merata tempat.

“Namun, atas sokongan dan kerjasama ahli keluarga lain, akhirnya perjumpaan ini dapat diadakan dengan menggunakan kos RM30,000 apabila setiap keluarga menyumbang RM1,500,” katanya.

Sempena Hari Raya Aidiladha kali ini, lima ekor lembu dikorbankan.

Bercerita mengenai Allahyarham Mohd Shah Tengku Salleh berkata, arwah cukup dikenali suatu ketika dahulu dan mempunyai enam anak, dua perempuan dan empat lelaki.

Mokhtar berkata, dia adalah generasi keempat keturunan keluarga Mohd Shah dengan ahli keluarga tertua hadir berusia 82 tahun ialah generasi ketiga keluarga berkenaan.

Asiah Mohd Sidi, 82, berkata, dia bersyukur dalam usia semakin meningkat, dia dapat berjumpa dengan seluruh ahli keluarganya sekalipun ada antaranya tidak dikenali.

“Bagi saya, perhimpunan ini penting untuk merapatkan hubungan persaudaraan di samping berkenalan sesama mereka.

Antara aktiviti diadakan sepanjang majlis, khatam al-Quran, berzanji, marhaban, cukur jambul, bacaan Yasin, doa selamat dan tahlil dan menziarahi tanah perkuburan Mohd Shah dan keluarganya di Tapak Perkuburan Bukit Buak.

Menariknya, setiap generasi diminta memakai pakaian mengikut warna ditetapkan untuk memu-dahkan ruang perkenalan antara satu sama lain.

Wednesday, December 2, 2009

Asqaalani kena suntikan 3bulan

Arini mama ngn ayah berdebar2 bawa asqaalani ke klinik kesihatan putrajaya.
Alhamdulillah, xla byk sgt kerenah anak mama arini..
Cuma disebabkan lama menunggu anak mama mengamuk skit..
ayah n mama sama2 pujuk asqaalani sampai asqaalani diam..
Anak mama tertidur gak akhirnya..
arini berat anak mama 5.7kg...
Xterlalu berat n xterlalu ringan..
Pas timbang berat, anak mama kene pegi bilik prosedur utk dptkan suntikan..
lagi berdebar mama.. minta2 asqaalani xnangis..
bila kena suntikan, anak mama nangis gak..
sekuat hati.. xpe la syg... sakit sikit je kan!!
Mama anta asqaalani balik duk umah ngan mak teh..
sblm pegi work tadi, mama dh bg susu n ubat utk anak mama...
takut demam.. Klu anak mama demam esok, confirm mama EL..
Syg Asqaalani!!!