Monday, October 13, 2014

Cuti2 Malaysia

Esok, mama n ayah akan bercuti sbb nk bawa hero2 peg cameron. Mama n Ayah terpaksa pilih hari bekerja sbb xnk ramai2 sgt. Anak2 mama bertuah!! Semoga percutian ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kita, menyuburi lag kasih sayang antara kami dan mendapat keberkatan dan dilindungi daripada bahaya. Hanya kepadamu Ya Allah tempat aku memohon.

Cameron Highland, here we come!

TEMUDUGA W41

Assalamualaikum...hari ni saya pergi temuduga w41 di Aras 2, Blok Selatan, Jabatan Kastam Di raja Malaysia. Just test market. Awal2 lagi dh minta isi from ni..
Tinggi :53kg
Berat   :146cm
BMI     :24.9

BMI cantik2 je. Tap ketinggian tu mcm xdpt je..Penemuduga tgk aku pun dia ckp comel nya puan ni. Aku faham dah maksudnya itu. Punyala ready utk temuduga ni. Siap study segala cabang dlm kastam. Tapi bila penemuduga soal, mmg soalannya berkisar gst n cukai aja. No more about jkdm.Ni antara soalan yang di ajukan pada saya sebagai panduan yang mungkin nk cuba selepas ni. Saya mmg xcuba dah rasanya sbb mcm xdapat je.. hehehehehehehehe

1. Puan, sila kenalkan diri puan..
2. Please describe about GST? In english ok!
3. Kenapa cukai GST better than SST?
4. Mcmn kadar cukai menurun tetapi hasil kepada kastam meningkat? Mcm tu la lebih kurang rasanya.
5. Pastu sistem ejen cukai (SEC) yang dibangunkan oleh MOF tu utk apa? Sistem tu merekod nama syarikat yang berdaftar dgn GST. Untuk mendapatkan claim cukai input.
6. Mengapa puan rasa jabatan perlu pilih puan. Untuk soalan ni kena jawab dgn confident je..
  • Saya seorang yang berintegriti.
  • Saya mampu bertugas pada bila2 masa.
  • Mengutamakan Tonggak 12 dlm perkhidmatan. (sbb sedang berkhidmat)
  • Saya seorang yang berdedikasi dan komited kepada kerja.
  • Banyak lag yang aku jwb..

Pemahaman Anda Tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan GST.


Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods And Services Tax) atau lebih dikenali sebagai GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dikenakan apabila pengguna berbelanja. Ia juga merupakan nadi penggerak dalam penyusunan semula struktur percukaian negara supaya lebih telus, efisyen dan mesra peniaga.GST akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan(CJP) yang telah Malaysia laksanakan sebelum ini. Pada dasarnya, GST telah dilaksanakan  di Negara Perancis seawal tahun 1950an dan  lebih 160 buah negara telah melaksanakan GST. Malaysia adalah di antara 3 buah Negara yang belum melaksanakan GST di ASEAN selain Myanmar dan Brunei.
Kadar bagi GST yang telah ditetapkan adalah 6%. Threshold GST adalah sebanyak RM500,000. Ini bermaksud melalui perlaksanaan GST, perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai RM500,000 tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun begitu, pendaftaran secara sukarela amatlah digalakkan.
Secara kasar dapat dilihat bahawa GST akan dikenakan ke atas nilai tambah di setiap peringkat perniagaan bermula daripada pembekal sehingga kepada pengguna. Pengeluaran dan penjualan akan melalui peringkat pungutan dan pembayaran GST.Setiap peniaga perlu membayar GST kepada pembekali ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi serta berhak mengenakan serta memungut GST ke atas barang atau perkhidmatan yang dijual oleh mereka.Rasionalnya disini apabila di akhir setiap tempoh bercukai bagi peniaga yang berdaftar di bawah GST, peniaga boleh menolak cukai input dan cukai output. Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaannya akan dibayar kepada Kerajaan. Jika cukai input melebihi cukai output, peniaga boleh menuntut pulang balik dari Kerajaan.
GST merupakan suatu sistem percukaian yang lebih baik dan adil berbanding CJP yang telah diguna pakai sebelum ini. Antara faedah GST adalah pengurangan kos perniagaan kepada golongan peniaga dimana peniaga boleh menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Impak daripada manfaat yang diterima oleh peniaga ke atas cukai bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan adalah kos perniagaan menjadi rendah. Selain daripada itu, peningkatan terhadap pematuhan juga boleh diperolehi melalui pentadbiran cukai yang lebih berkawalan sendiri di mana GST mempunyai mekanisma yang tersedia. Secara tidak langsung impak terhadap karenah birokrasi juga dapat dikurang. Dalam aspek ini, jelas menunjukkan segala urusan tidak perlu lagi memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah. Kadar GST juga diberikan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan yang mendorong kepada kesaksamaan. Seterusnya, GST jelas menghapuskan cukai bertindih CJP sekaligus pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan. GST dapat menjamin ketelusan kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmata diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar. GST juga menjanjikan manfaat kepada rakyat dari segi pemulangan balik hasil kutipan cukai dalam bentuk bantuan seperti bantuan tunai sebanyak RM300 secara  one-off BRIM, penurunan kadar cukai individu kepada 1% dan kumpulan bercukai tertinggi dinaikkan kepada RM400 ribu daripada RM100 ribu.
Justeru, bagi memudahkan GST dilaksanakan di negara kita bermula 1 April 2015, sokongan padu rakyat amatlah diperlukan agar ia tercapai. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pelbagai program kesedaran yang telah dijalankan oleh kerajaan yang diterajui Kementerian Kewangan dengan kerja sama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia   bagi meningkatkan tahap pemahaman dan pendidikan tentang GST. Segalanya bakal bermula dan berakhir hasil pilihan rakyat sendiri. Sebagai rakyat, sudah tentu kita tidak mahu negara sentiasa berada di takok yang sama tanpa sebarang anjakan kemajuan. Walaubagaimanapun, sebagai rakyat atau boleh diklasifikasikan sebagai golongan pengguna amat berharap agar kerajaan dapat mewujudkan satu mekanisme yang boleh memastikan supaya golongan pengguna tidak tergolong di dalam golongan orang yang ditindas oleh peniaga dan nasib pengguna dipandang enteng ekoran negara mengejar kemajuan dengan perlaksaan GST bak kata pepatah gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Keselamatan Kanak-Kanak di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak. Bincangkan.



Istilah keselamatan membawa maksud menghindari keadaan yang boleh membawa kemalangan. Umum sedar, kes kecederaan, kemalangan dan kematian di pusat penjagaan kanak-kanak semakin berleluasa sehingga membimbangkan masyarakat amnya dan ibu bapa khususnya. Dalam konteks ini, keselamatan kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak amat perlu di titik beratkan dan tidak boleh di pandang enteng. Justeru, pelbagai langkah perlu di ambil oleh pihak yang berkenaan bagi menjamin keselamatan kanak-kanak di pusat penjagaan. 
Malaysia telah menetapkan syarat kepada premis pusat penjagaan kanak-kanak supaya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perkara ini merupakan jaminan daripada kerajaan kepada ibu bapa untuk menghantar anak ke pusat penjagaan yang sah dan diperakui keselesaan, sukatan pembelajaran, keselamatan, kaedah pendisiplinan dan sebagainya.Sijil pendaftaran ini perlu dipamerkan dengan jelas dipejabat atau dipapan notis premis pusat penjagaan.Terpulang kepada ibu bapa atau penjaga sendiri samada mahu menghantar ke premis yang berdaftar atau tidak bak kata pepatah ‘Tepuk dada tanya selera’.
Faktor persekitaran di pusat penjagaan adalah faktor  utama yang perlu ditekankan bagi menjamin keselamatan kanak-kanak di pusat penjagaan. Ia merangkumi keadaan di luar pusat penjagaan, susun atur peralatan di dalam pusat penjagaan, keselamatan didalam bilik, keselamatan di tandas sehingga ke bahagian dapur pusat penjagaan. Keadaan-keadaan ini boleh mengundang kepada kecederaan fizikal di kalangan kanak-kanak jika di ambil mudah. Penyusunan yang teratur di luar pusat penjagaan seperti selipar atau kasut yang disusun rapi dan kawasan halaman yang sentiasa bersih memberi impak besar terhadap keselamatan kanak-kanak dipusat penjagaan. Hal ini kerana, kawasan persekitaran yang kurang dijaga boleh mengundang anasir yang tidak baik berupa haiwan liar dan kejadian jenayah. Sejajar dengan itu, susun atur peralatan di ruang pembelajaran, ruang riadah dan kebersihan bilik juga perlu diutamakan.Pastikan kerusi dan meja di susun dengan baik selepas digunakan dan mainan disimpan di tempat yang disediakan. Peralatan mainan itu juga perlu bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak. Hal ini kerana ia dapat menggalakkan ‘pembelajaran melalui permaina’ dan menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.  Kanak-kanak juga perlu diasingkan mengikut peringkat umur di setiap bilik bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku contohnya kategori bilik A adalah untuk kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 2 tahun, kategori bilik B untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun dan sebagainya. Kanak-kanak juga perlu di awasi daripada bermain di dalam tandas secara bersendirian tanpa kawalan atau pengawasan pengasuh di pusat penjagaan. Beralih ke bahagian dapur pusat penjagaan, dapur merupakan ‘plot area’ yang boleh diklasifikasikan sebagai MERBAHAYA kepada kanak-kanak kerana amat terdedah kepada kemalangan. Keadaan lantai yang licin, peralatan tajam dan merbahaya boleh mengundang pelbagai perkara buruk. Justeru langkah keselamatan perlu dititik beratkan seperti mop lantai, menyimpan peralatan tajam dengan selamat dan elakkan kanak-kanak berada di kawasan dapur.
Sabda Rasulullah SAW “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan merupakan kejayaan.” (Riwayat Tabarani dalam al-Awsath). Sedari itu, ibu bapa menghantar kanak-kanak di pusat penjagaan sehinggalah petang menjelang. Pusat penjagaan juga boleh diibaratkan sebagai sahabat kepada kanak-kanak kerana boleh dikatakan masa seharian kanak-kanak banyak terluang di pusat penjagaan berbanding di rumah sendiri.  
Selain daripada itu, tanggungjawab menegur dan ingat mengingati ibu bapa atau penjaga terhadap pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak. Menyerahkan bulat-bulat tugas menjaga dan mendidik kanak-kanak semasa keluar bekerja kepada pusat penjagaan kanak-kanak adalah satu langkah dangkal yang perlu dielakkan oleh ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga seharusnya sentiasa membuat pemeriksaan atau pemantauan di pusat penjagaan kanak-kanak. Secara tidak langsung, hal ini dapat menghindarkan sikap sambil lewa atau acuh tidak acuh pengasuh terhadap keselamatan kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak. Pengasuh di pusat penjagaan juga perlu memiliki kemahiran memberi bantuan kecemasan. Perkara ini turut dibangkitkan oleh Wanita Pertama Negara iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang menekankan antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah bantuan pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) kerana ia mampu menyelamatkan nyawa seseorang. Sebagai Penaung Program Permata Negara, beliau amat menitikberatkan perkembangan kanak-kanak agar rohani dan jasmani mereka terdidik dengan baik.
Pada zaman serba canggih ini, tidak salah sekiranya teknologi dapat diguna pakai di pusat penjagaan kanak-kanak untuk dimanfaatkan bersama. Dengan mengaplikasikan aspek teknologi keselamatan, iaitu melalui pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau lebih dikenali ‘CCTV’ menyumbangkan pemantauan berterusan segala perlakuan dan tindak tanduk kanak-kanak dan pengasuh lantaran tindakan wajar dan segera daripada pihak pemantau boleh di ambil jika timbul sebarang keraguan atau sesuatu yang boleh memudaratkan keselamatan kanak-kanak secara terus dan cepat. Kebiasaannya, pihak pemantau terdiri daripada pemilik pusat penjagaan itu sendiri . Pemasangan CCTV ini juga merupakan komponen ‘value added’ untuk mendapatkan real time untuk perilaku di pusat penjagaan yang benar-benar memerlukan pengawasan sepanjang masa.
Sejajar dengan Dasar Kanak-Kanak Negara yang berinti pati perkembangan kanak-kanak yang holistik di dalam ruang yang kondusif serta memastikan Wawasan 2020 tercapai, aset negara ini perlu dipelihara dan dijaga sebaiknya dari segi mental, fizikal, rohani, jasmani, emosi dan intelek kerana merekalah nadi penggerak pembangunan negara suatu masa nanti.