Thursday, January 15, 2015

Yakjuj & Makjuj



Buku yang telah lama aku imipikan utk baca akhirnya baru pulang ke tuan pada hari Isnin  (12 Jan 2015). Setelah hampir 2 tahun di tgn kwn suamiku selepas di beli drpd supplier. Nasib baik si peminjam seorg yg cermat, buku tu still ok n terjaga. Mmg saya seorg pembaca buku yg amat  setia. Selagi xabis membaca sesebuah buku tu mmg rasa mcm ada sesuatu yg xsettle. Mesti paksa diri utk baca smp abis. Buku Yakjuj & Makjuj di tulis oleh seorg pensyarah dan pengkaji Di Jabatan Daerah & Perancangan Bandar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Briwijaya, Bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia iaitu Saudara Wisnu Sasongko atau Muhammad Elaxander.
Buku ini tersenarai dalam The National Best seller terjual lebih 10,000 naskhah dalam tempoh sebulan. Arini 16 Januari baru aku mula membaca. Nanti saya tulis setiap apa yg saya baca itu..



Turutan Surah Dalam Al-Quran

Mari hafal nama-nama surah di dalam Al-Quran. Sebagai perkongsian bersama.
1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) 
2. Surah Al-Baqarah (Lembu Betina)
3. Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran)
4. Surah An-Nisaa’ (Wanita)
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan)
6. Surah Al-An’aam (Binatang Ternakan)
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tertinggi)
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang)
9. Surah At-Taubah (Pengampunan)
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.)
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.)
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.)
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh)
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.)
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu)
16. Surah An-Nahl (Lebah)
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam)
18. Surah Al-Kahfi (Gua)
19. Surah Maryam (Siti Maryam)
20. Surah Taahaa
21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi)
22. Surah Al-Hajj (Haji)
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman)
24. Surah An-Nuur (Cahaya)
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan)
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair)
27. Surah An-Naml (Semut)
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita)
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah)
30. Surah Ar-Rum (Bangsa Rom)
31. Surah Luqman (Luqman)
32. Surah As-Sajdah (Sujud)
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu)
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’)
35. Surah Faatir (Pencipta)
36. Surah Yaasin
37. Surah As-Saaffat (Yang Teratur Berbaris)
38. Surah Saad
39. Surah Az-Zumar (Rombongan)
40. Surah Al-Ghafir / Al-Mu’min (Orang yang Beriman)
41. Surah Fussilat (Dijelaskan)
42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan)
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas)
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut / Asap)
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut)
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir)
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
48. Surah Al-Fath (Kemenangan)
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik)
50. Surah Qaaf
51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan)
52. Surah At-Tur (Bukit)
53
. Surah An-Najm (Bintang)
54. Surah Al-Qamar (Bulan)
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan)
57. Surah Al-Hadid (Besi)
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu)
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran)
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji)
61. Surah As-Saf (Barisan)
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat)
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik)
64. Surah At-Taghabun (Dinampakkan Kesalahan)
65. Surah At-Talaq (Cerai / Talak)
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan)
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan)
68. Surah Al-Qalam (Pena / Kalam)
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar / Hari Kiamat)
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik)
71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.)
72. Surah A-Jin (Jin)
73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut)
74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselubung)
75. Surah Al-Qiyaamah (Hari Kebangkitan / Kiamat)
76. Surah Al-Insaan (Manusia)
77. Surah Al-Mursalat (Malaikat Yang Diutus)
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar)
79. Surah An-Naazi’aat (Malaikat Yang Mencabut)
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka)
81. Surah At-Takwiir (Menggulung)
82. Surah Al-Infitar (Terpecah & Terbelah)
83. Surah Al-Mutaffifiin (Golongan yang Curang)
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah)
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang)
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam)
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi)
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan)
89. Surah Al-Fajr (Fajar / Sinar Mentari)
90. Surah Al-Balad (Negeri)
91. Surah Asy-Syams (Matahari)
92. Surah Al-Lail (Malam)
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi)
94. Surah Al-Insyirah/An-Nasyrah (Melapangkan)
95. Surah At-Tin (Buah Tin / Buah Ara)
96. Surah Al-‘Alaq (Segumpal Darah)
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan)
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata)
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan)
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang)
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar / Kiamat)
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah)
103. Surah Al-‘Asr (Masa)
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat)
105. Surah Al-Fiil (Gajah)
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy)
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna)
108. Surah Al-Kauthar (Sungai Di Syurga)
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir)
110. Surah An-Nasr (Pertolongan)
111. Surah Al-Masad / Al-Lahab (Nyalaan Api)
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas / Memurnikan Keesaan Allah)
113. Surah Al-Falaq (Waktu Subuh / Dinihari)
114. Surah An-Naas (Manusia)

Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Friday, November 21, 2014

Sambutan Bulan Integriti MOF

Sempena sambutan integriti mof , Unit Integriti MOF dgn kerjasama JANM, JPPH, LHDN dan BSN telah menganjurkan beberapa pertandingan dan program untuk mempromosikan integriti, moral dan etika serta meningkatkan penghayatan dan mendedahkan kepentingan budaya kerja berinteriti di MOF.

Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah:

Pertandingan tagline pun i masuk k!!



1)Tagline saya adalah seperti berikut:
BUDAYA INTEGRITI BERJAYA TRANSFORMASI
Perubahan atau transformasi ke arah budaya kerja berprestasi tinggi  amat memerlukan penerapan etika kerja yang positif dan berintegriti bagi memastikan pencapaian unggul dan berkualiti untuk sesebuah organisasi .

CULTURE INTEGITY OF SUCCESSFUL TRANSFORMATION
Change or transformation towards high performance work culture in need of applying positive work ethics and integrity to ensure superior performance and quality for an organization.

2)Tagline saya adalah seperti berikut:
Budaya Integriti Pemangkin Produktiviti  –  

Budaya kerja yang unggul dan cemerlang adalah berinti pati etika kerja dan sifat integriti yang positif serta dijadikan amalan oleh setiap individu untuk  menjamin peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Ia juga selaras dengan Gagasan 1Malaysia  yang berpaksikan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Cultural Integrity Catalyst Productivity  -

The work culture is superior and excellent is a combination of work ethics and core essence with positive attributes and practice integrity individually to ensure improved quality and productivity of the organization. It is also accordance with Gagasan 1Malaysia which is ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’


Seperti biasanya, mia n the geng masuk gak selfie integiti. Nant mia update menang ke kalah.. hahahahahhahahahah...

Formula E di Putrajaya

Assalamualaikum.. arini jalan2 nk ke ofis byk yg tutup. Tp kerana kerajinan n ketidaksiapan kerja menyebabkan aku gagahi diri dtg ke pejabat.
Menurut sumber, lebih 100,000 penonton dijangka membanjiri Putrajaya, Sabtu ini untuk menyaksikan perlumbaan kereta elektrik, Kejohanan FIA Formula E di Persiaran Perdana, di sini. 20 pelumba bertaraf antarabangsa termasuk dua wanita daripada 10 pasukan bersaing menggunakan kereta berkuasa elektrik (EV). Betul2 depan ofis ni... dptla jugak tgk kete2 ni tgh rehearsal..

Ni peta penutupan jalan gara2 formula e di putrajaya..

Monday, October 13, 2014

Cuti2 Malaysia

Esok, mama n ayah akan bercuti sbb nk bawa hero2 peg cameron. Mama n Ayah terpaksa pilih hari bekerja sbb xnk ramai2 sgt. Anak2 mama bertuah!! Semoga percutian ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kita, menyuburi lag kasih sayang antara kami dan mendapat keberkatan dan dilindungi daripada bahaya. Hanya kepadamu Ya Allah tempat aku memohon.

Cameron Highland, here we come!

TEMUDUGA W41

Assalamualaikum...hari ni saya pergi temuduga w41 di Aras 2, Blok Selatan, Jabatan Kastam Di raja Malaysia. Just test market. Awal2 lagi dh minta isi from ni..
Tinggi :53kg
Berat   :146cm
BMI     :24.9

BMI cantik2 je. Tap ketinggian tu mcm xdpt je..Penemuduga tgk aku pun dia ckp comel nya puan ni. Aku faham dah maksudnya itu. Punyala ready utk temuduga ni. Siap study segala cabang dlm kastam. Tapi bila penemuduga soal, mmg soalannya berkisar gst n cukai aja. No more about jkdm.Ni antara soalan yang di ajukan pada saya sebagai panduan yang mungkin nk cuba selepas ni. Saya mmg xcuba dah rasanya sbb mcm xdapat je.. hehehehehehehehe

1. Puan, sila kenalkan diri puan..
2. Please describe about GST? In english ok!
3. Kenapa cukai GST better than SST?
4. Mcmn kadar cukai menurun tetapi hasil kepada kastam meningkat? Mcm tu la lebih kurang rasanya.
5. Pastu sistem ejen cukai (SEC) yang dibangunkan oleh MOF tu utk apa? Sistem tu merekod nama syarikat yang berdaftar dgn GST. Untuk mendapatkan claim cukai input.
6. Mengapa puan rasa jabatan perlu pilih puan. Untuk soalan ni kena jawab dgn confident je..
  • Saya seorang yang berintegriti.
  • Saya mampu bertugas pada bila2 masa.
  • Mengutamakan Tonggak 12 dlm perkhidmatan. (sbb sedang berkhidmat)
  • Saya seorang yang berdedikasi dan komited kepada kerja.
  • Banyak lag yang aku jwb..

Pemahaman Anda Tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan GST.


Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods And Services Tax) atau lebih dikenali sebagai GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dikenakan apabila pengguna berbelanja. Ia juga merupakan nadi penggerak dalam penyusunan semula struktur percukaian negara supaya lebih telus, efisyen dan mesra peniaga.GST akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan(CJP) yang telah Malaysia laksanakan sebelum ini. Pada dasarnya, GST telah dilaksanakan  di Negara Perancis seawal tahun 1950an dan  lebih 160 buah negara telah melaksanakan GST. Malaysia adalah di antara 3 buah Negara yang belum melaksanakan GST di ASEAN selain Myanmar dan Brunei.
Kadar bagi GST yang telah ditetapkan adalah 6%. Threshold GST adalah sebanyak RM500,000. Ini bermaksud melalui perlaksanaan GST, perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai RM500,000 tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun begitu, pendaftaran secara sukarela amatlah digalakkan.
Secara kasar dapat dilihat bahawa GST akan dikenakan ke atas nilai tambah di setiap peringkat perniagaan bermula daripada pembekal sehingga kepada pengguna. Pengeluaran dan penjualan akan melalui peringkat pungutan dan pembayaran GST.Setiap peniaga perlu membayar GST kepada pembekali ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi serta berhak mengenakan serta memungut GST ke atas barang atau perkhidmatan yang dijual oleh mereka.Rasionalnya disini apabila di akhir setiap tempoh bercukai bagi peniaga yang berdaftar di bawah GST, peniaga boleh menolak cukai input dan cukai output. Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaannya akan dibayar kepada Kerajaan. Jika cukai input melebihi cukai output, peniaga boleh menuntut pulang balik dari Kerajaan.
GST merupakan suatu sistem percukaian yang lebih baik dan adil berbanding CJP yang telah diguna pakai sebelum ini. Antara faedah GST adalah pengurangan kos perniagaan kepada golongan peniaga dimana peniaga boleh menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Impak daripada manfaat yang diterima oleh peniaga ke atas cukai bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan adalah kos perniagaan menjadi rendah. Selain daripada itu, peningkatan terhadap pematuhan juga boleh diperolehi melalui pentadbiran cukai yang lebih berkawalan sendiri di mana GST mempunyai mekanisma yang tersedia. Secara tidak langsung impak terhadap karenah birokrasi juga dapat dikurang. Dalam aspek ini, jelas menunjukkan segala urusan tidak perlu lagi memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah. Kadar GST juga diberikan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan yang mendorong kepada kesaksamaan. Seterusnya, GST jelas menghapuskan cukai bertindih CJP sekaligus pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan. GST dapat menjamin ketelusan kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmata diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar. GST juga menjanjikan manfaat kepada rakyat dari segi pemulangan balik hasil kutipan cukai dalam bentuk bantuan seperti bantuan tunai sebanyak RM300 secara  one-off BRIM, penurunan kadar cukai individu kepada 1% dan kumpulan bercukai tertinggi dinaikkan kepada RM400 ribu daripada RM100 ribu.
Justeru, bagi memudahkan GST dilaksanakan di negara kita bermula 1 April 2015, sokongan padu rakyat amatlah diperlukan agar ia tercapai. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pelbagai program kesedaran yang telah dijalankan oleh kerajaan yang diterajui Kementerian Kewangan dengan kerja sama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia   bagi meningkatkan tahap pemahaman dan pendidikan tentang GST. Segalanya bakal bermula dan berakhir hasil pilihan rakyat sendiri. Sebagai rakyat, sudah tentu kita tidak mahu negara sentiasa berada di takok yang sama tanpa sebarang anjakan kemajuan. Walaubagaimanapun, sebagai rakyat atau boleh diklasifikasikan sebagai golongan pengguna amat berharap agar kerajaan dapat mewujudkan satu mekanisme yang boleh memastikan supaya golongan pengguna tidak tergolong di dalam golongan orang yang ditindas oleh peniaga dan nasib pengguna dipandang enteng ekoran negara mengejar kemajuan dengan perlaksaan GST bak kata pepatah gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.