Assalamualaikum…
Salam 1Malaysia untuk semua
Mia nak mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharam (1431 Hijrah) kepada semua pembaca blog .
Teringat lak lagu nasyid ni.. memang best sangat.. kalo tak silap nilah liriknya:
1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!
Mia harap tema Ma’al hijrah tahun ini iaitu ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah ‘ mampu mengerat kembali semangat perjuangan umat islam untuk terus gemilang dalam kehidupan ..
Wassalam…
No comments:
Post a Comment