1- 5 THNPertama
ibu bapa janganlah takut anak itu merajuk. Merajuk ini adalah cara
anak berlawan kuasa dengan anda. Kalau anda tidak bijak dan anda hanya
menggunakan senjata marah, maka anda senang kalah.
Selalunya
anak yang suka merajuk ni dia ni sensitif. Dari kecil umur tak sampai
setahun kita boleh tahu akan karekternya itu. Semasa dia kecil lagi,
bila dia merajuk, anda perlu bisikkan kepadanya untuk usahlah merajuk.
Kalau tak dapat benda tak perlu merajuk.
Kalau dia tunjuk
perangai, jawab dengan tenang dan biarkan dia ekspres dirinya. Jika
dia baling barang, biarkan dulu. Tapi biar barang yang bahaya tiada di
situ. Bila sudah dia dah lebih tenang sikit, ambik dan peluk dan
beritahu dia, kenapa anda tak boleh beri barang itu. Cara ini untuk anak
di bawah 1.5 tahun.
Bila dia dah 1.5 tahun, anak sudah
mula mengamuk atau tantrum. Tantrum ini lebih kerana ledakan emosi yang
tidak dikendalikan dengan elok. Contoh kekecewaan, kesedihan, penat,
tidak cukup tidur, tidak faham kenapa dimarah, tenaga tengking yang
diterima, TIDAK CUKUP BERMAIN AKTIF TERUTAMA DI LUAR RUMAH, tidak boleh
melakukan banyak perkara kerana dilarang atau kerana badannya belum
cukup besar, dan banyak lagi.
Bila ledakan emosi ini
berlaku, anak akan mengamuk dan seolah-olah monster akan keluar dari
diri anak itu. Anda perlu tahu, anak itu sendiri takut bila ini
berlaku. Oleh itu, apa yang anda boleh buat ialah menenangkannya. Buat
seperti gambar yang Ibu sertakan ini. Walaupun dia meronta dan memukul
anda, peluklah dan bacakan ayat dan bersuara dengan berbisik ke
telinganya. Katakanlah perkara yang positif dan bacakan doa. Lepas dia
sudah tenang, basuhkan mukanya dengan air yang telah dibaca doa
mengikut kaedah agama masing-masing. Mandikan puan lagi elok dan beri
dia tidur kerana semasa dia 'bergelut' dengan monster dia itu, dia amat
letih.
USIA 5 THN
Bila
anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang,
menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia
kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya
menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak. Pada masa
itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik.
Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan
mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak
baik.
Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan
dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu
mengatur langkah membetulkan pesepsinya.
Di sini anda
perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu
mendisplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak
kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau
pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu
mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.
Jika
ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan
hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi
dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak
memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri. Terutama sekarang sudah
ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah
faham ini.
Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita
perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana
jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka
jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya,
siapa yang memimpin di sini.
Namun, bila meninggikan suara,
lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang.Dalam hati anda
boleh berkata kepada hati, 'aku meninggikan suara kepada anakku ini
kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan
memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini'.
Mengapa anda
mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan
ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya
keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang
terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu.
Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh
kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu
'take control' dengan 'tough love'.
Jika anak itu
ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua
kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke
atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat
merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti 'Anakku Sazali'.
Mengapa
ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua
permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda
telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling
barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.
Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan.
7- 10 thn
Di
sini ada satu faktor baru dimasuk kira. Anak pada usia 7 tahun mula
memasuki alam persekolahan. Yang membawa makna, tekanan dari luar mula
dirasai oleh anak.
Ada anak yang tertekan dengan dunia
persekolahan kerana perubahan yang besar dalam hidupnya. Walaupun anak
itu telah pergi tadika, sekolah dan tadika tidak sama.
Anak
ini mungkin akan merajuk dan mengamuk lebih lagi. kebanyakannya kerana
keletihan dan yang juga sama berat pada anak itu, cuba menyesuaikan
diri. -trying to fit in. Ini sebenarnya berat untuk seorang anak yang
personalitinya tidak suka ramai orang.
Oleh itu, seeloknya
anda telah menyediakannya. Namun, walaupun sudah disediakan, mungkin
akan ada juga percikan itu. Oleh itu jika terjadi episod merajuk dan
mengamuk, anda perlu menggunakan kaedah merapati anak itu supaya anak
itu berasa selamat dengan anda.
Sebenarnya, bila anda
memberi ruang anak itu untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya, dan anda
mendengar dengan baik, anda sebenarnya sedang membina jambatan emas
dari hatinya ke hati anda. Ini adalah persiapan untuk zaman remaja anak
itu. Jambatan emas ini menjadi yang menghubungkan dia dan anda dengan
baik seperti kawan baik. Ini sangat penting pada zaman remaja anak itu.
Pada
usia ini, penerangan yang jelas mengenai boundaries atau had laku
perlu sangat diberi. Serta disiplin yang baik perlu dipraktikkan kepada
anak itu. Jangan semua rajuknya diikutkan dan amuknya dibiar. Ada masa
kita biarkan dia ekspres dirinya. Namun, banyak masa, kita perlu step
in dan kawal amukannya itu. Anak perlu tahu dia boleh berharap dengan
anda ibu bapanya membetulkan keadaan.
Kita mesti sedar,
anak pada usia di bawah 7 tahun malah 10 tahun pun, tidak tahu dengan
sepenuhnya apa yang baik dan apa yang buruk. Apatah lagi jika mereka
tidak diajar bertanggung-jawab terhadap diri, (ownership), mereka akan
meminta perkara-perkara yang merbahayakan diri mereka. Contohnya,
hendak membeli game perang dan keganasan. Menangis meronta-ronta
hendakkan game itu. Sudahlah mahal, yang bermaksud ibu bapa perlu
mengeluarkan duit lebih, ditambah pula bila bermain game tersebut dan
menjadi asyik, otak anak akan nyahsensitif kepada keganasan. Mereka
melihat keganasan, mereka tidak berasa apa-apa. Malah, mereka pula
menjadi ganas.
Ingat, pada usia mana pun anak itu, tidak
semua rajuknya perlu dipujuk dan diikutkan. Namun, itu bukan bermaksud
anda perlu marah dan tengking. Anda hanya perlu TEGAS dan jangan
berganjak dengan apa yang telah diputuskan kecuali jika berubahnya
keadaan. Ini pun janganlah menjadikan ianya tabiat. Kalau anda selalu
mengubah TIDAK dan YA anda. Ketidaktegasan anda boleh dirasai oleh anak
dan boleh dimanipulasikan olehnya.
Kata kunci di sini, YOU ARE THEIR ROCK. Anda dinding tegap untuk anak boleh bersandar. ANDA MEMIMPIN DENGAN KETEGASAN DAN KASIH-SAYANG.
No comments:
Post a Comment