Friday, July 18, 2014

Cara Merawat Chicken Pox atau Cacar Air

Semalam 17 Julai 2014, badan along (Muhammad Asqaalani) dh naik bintik2 merah. Lepas berbuka puasa, ayah terus bawa along ke klinik kesihatan presint 9. Doktor sahkan along kena chicken pox. Kesian anak mama. Faster recover along..lagi seminggu kita nk balik pahang. nk raya. nant xbest raya klu anak mama sakit. Just want to share apa itu cacar air atau chicken pox..

Apa itu jangkitan cacar air?

Jangkitan yang disebabkan oleh virus varicella. Ia adalah virus yang sama menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang mengalami cacar air akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters)
Macam mana ia merebak?
  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap chickenpox ni mengalami batuk atau bersin
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air tu
  • Dengan menyentuh  benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut

Bagaimana merawat chickenpon ni?

  1. Kuarantin pesakit.
  2. Vitamin D membantu memperlahankan jangkitan juga menaikkan sistem imun badan. Dedahkan pesakit pada cahaya matahari antara jam 7pagi hingga 8pagi. 10-15minit dah memadai.
  3. Ambil Paracetamol untuk mengurangkan demam yang mencecah 39c ke atas
  4. Minum banyak air masak, ini untuk mengelakkan dehydrate
  5. Ambil makanan berbentuk cecair seperti sup sayur yang mengandungi antiviral foods dan buah-buahan vitamin C
  6. Buat Garlic Socks atau ACV (Apple Cidder Vinegar) Socks untuk melawan virus
  7. Makan Virgin Coconut Oil atau Olivenol untuk menaikkan sistem imun badan
  8. Sentiasa basuh tangan.
  9. Daun Semambu/Neem boleh ditumbuk lumat, dilumur pada badan atau mandi air daun semambu atau tidur beralaskan daun semambu bagi mengelakkan rasa gatal. (Daun ni boleh di dapati di tempat menjual pokok-pokok. Kalau kat Pasir Gudang tu boleh pergi orchard berdekatan Caltex area Taman Cendana. Sepokok RM15 je, ala-ala pokok inai gitu)
  10. Air kelapa muda bagus diminum ketika blisters tu dah keluar hingga ke kaki. Juga bagus dibuat mandi
  11. Minum Rooibos Tea (Teh ni sedap tau, selalu beli yang perisa vanilla mase dok kt Germany dulu, HEHE) teh ni boleh dibeli di Cosway, Giant dan kedai organic
  12. Bayi umur 6 bulan ke bawah Cuma perlu mandikan anak dengan air kelapa, atau daun semambu, atau mandian rooibos tea. Baby tak boleh minum air apa-apa lagi tapi ibu yang menyusukan boleh minum dan susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Jadi kerapkan sesi penyusuan.
  13. Elakkan makan seafood
  14. Beli Vitamin E. Jika dalam bentuk kapsul, cucuk dan lumurkan pada parut bagi menghilangkan parut
  15. Tea Tree oil juga boleh menghilangkan parut

No comments:

Post a Comment